Khamis, 12 November 2015

Sejarah SMK Dato' Seth

Sejarah SMK Dato' Seth

Nama SMK Dato' Seth

Nama asal bagi SMK Dato' Seth ialah Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Yong Peng. Yang berhormat Menteri Pelajaran Malaysia telah memberi persetujuan bagi Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Yong Peng ditukar namanya kepada SMK Dato' Seth yang berkuatkuasa pada 10 November 1981. Pihak sekolah telah menggunakan nama ini dengan rasminya pada 1 Januari 1982. Sebelum nama ini dipersetujui, satu mesyuarat antara Lemabaga Jemaah Pengelola dan juga pegawai-pegawai kanan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru sekolah ini telah diadakan pada 2 Mac 1981 mulai jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di sekolah ini. Beberapa cadangan ini mengikut akuan-akuan yang disyorkan, maka Lembaga Pentadbiran Sekolah telah bersetuju memilih nama sekolah ini sebagai SMK DATO" SETH.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seth

SMK DATO' SETH adalah disyorkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia, kawasan Batu Pahat. Ada beberapa faktor nama Dato' Seth dipilih iaitu berdasarkan latar belakang perkhidmatan yang cemerlang sebagai bekas Pegawai Pentadbir Kerajaan Johor serta sumbangan-sumbangan khidmat baktinya dalam bidang politik dan juga pembangunan Negeri Johor, Khasnya di daerah Batu Pahat. Antara jasa-jasa beliau adalah :

>Beliau adalah bekas Pegawai Daerah Batu Pahat dari tahun 1948-1952. Beliau telah mengatur pembangunan Batu Pahat selepas Perang Dunia Kedua. Satu daripadanya mengadakan rancangan Sub District termasuklah Daerah Kecil, Yong Peng.

>Beliau pernah menjadi setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Timbalan Menteri Besar Negeri Johor.

>Dalam bidang politik, beliau pernah menjawat jawatan Pengerusi UMNO di peringkat negeri dan pusat.

Tapak Sekolah

Tapak SMK DATO' SETH ialah Lot 6511, Mukim Tanjung Semberong, Daerah Batu Pahat kira-kira 3/4 km dari Yong Peng. Luasnya ialah 9.6 hektar. Oleh kerana kawasannya yang agak kecil, pihak sekolah telah memohon sebidang tanah seluas 4 ekar yang terletak di Lot 712 di bahagian belakang bangunan sekolah. Permohonan tersebut diluluskan pada 27 Ogos 1981. Jumlah kawasan sekolah ialah 13.6 ekar. Bangunan sekolah ini telah siap pembinaanya pada akhir tahun 1975.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan