PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK.
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan Terdapat tiga batu bersurat yang penting: Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356):
1. Ditulis dalam huruf India.
2. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.
3. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
1. Masih memakai abjad India2. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)1. Ditulis dalam tulisan Jawi
2. Membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
1. Zaman kerajaan Melaka
2. Zaman kerajaab Acheh
3. Zaman kerajaan Johor-Riau.
Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:
1. Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
2. Banyak ayat pasif.
3. Menggunakan bahasa istana.
4. Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih).
5. Banyak menggunakan kata pangkal ayat: sebermula, alkisah, hatta, adapun.
6. Ayat songsang.
7. Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan