Khamis, 12 November 2015

Bahasa Malaysia

Bahasa Malaysia


Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia yang mengikuti piawaian ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Malaysia lebih daripada 80% kognitif dengan Bahasa Indonesia dan dituturkan asli oleh lebih daripada 10 juta orang. Bahasa Malaysia dituturkan sebagai bahasa kedua oleh 18 juta orang, sebahagian besar daripada etnik minoriti negara Malaysia. Namun begitu, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu".

Sejarah

Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan untuk bahasa kebangsaan negara itu secara tepat dan muktamad.

Ada pihak yang memikirkan "Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia" sebagai nama untuk bahasa kebangsaan Malaysia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas." Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara spontan selepas tragedi 13 Mei 1969. Ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah.

Pada tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Penukaran ini dibuat selaras dengan apa yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu".

Namun begitu, Pada 4 Jun 2007, Kabinet Malaysia telah membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru "Bahasa Malaysia" adalah muktamad.

ASAL USUL BAHASA MELAYU KLASIK

Asal usul Bahasa Melayu Klasik

PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK.
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan Terdapat tiga batu bersurat yang penting: Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356):

1. Ditulis dalam huruf India.
2. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.
3. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
1. Masih memakai abjad India2. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab     seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)1. Ditulis dalam tulisan Jawi
2. Membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
1. Zaman kerajaan Melaka
2. Zaman kerajaab Acheh
3. Zaman kerajaan Johor-Riau.
Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:
1. Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
2. Banyak ayat pasif.
3. Menggunakan bahasa istana.
4. Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih).
5. Banyak menggunakan kata pangkal ayat: sebermula, alkisah, hatta, adapun.
6. Ayat songsang.
7. Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’

marquee

Farah farhana

Sejarah SMK Dato' Seth

Sejarah SMK Dato' Seth

Nama SMK Dato' Seth

Nama asal bagi SMK Dato' Seth ialah Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Yong Peng. Yang berhormat Menteri Pelajaran Malaysia telah memberi persetujuan bagi Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Yong Peng ditukar namanya kepada SMK Dato' Seth yang berkuatkuasa pada 10 November 1981. Pihak sekolah telah menggunakan nama ini dengan rasminya pada 1 Januari 1982. Sebelum nama ini dipersetujui, satu mesyuarat antara Lemabaga Jemaah Pengelola dan juga pegawai-pegawai kanan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru sekolah ini telah diadakan pada 2 Mac 1981 mulai jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di sekolah ini. Beberapa cadangan ini mengikut akuan-akuan yang disyorkan, maka Lembaga Pentadbiran Sekolah telah bersetuju memilih nama sekolah ini sebagai SMK DATO" SETH.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seth

SMK DATO' SETH adalah disyorkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia, kawasan Batu Pahat. Ada beberapa faktor nama Dato' Seth dipilih iaitu berdasarkan latar belakang perkhidmatan yang cemerlang sebagai bekas Pegawai Pentadbir Kerajaan Johor serta sumbangan-sumbangan khidmat baktinya dalam bidang politik dan juga pembangunan Negeri Johor, Khasnya di daerah Batu Pahat. Antara jasa-jasa beliau adalah :

>Beliau adalah bekas Pegawai Daerah Batu Pahat dari tahun 1948-1952. Beliau telah mengatur pembangunan Batu Pahat selepas Perang Dunia Kedua. Satu daripadanya mengadakan rancangan Sub District termasuklah Daerah Kecil, Yong Peng.

>Beliau pernah menjadi setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Timbalan Menteri Besar Negeri Johor.

>Dalam bidang politik, beliau pernah menjawat jawatan Pengerusi UMNO di peringkat negeri dan pusat.

Tapak Sekolah

Tapak SMK DATO' SETH ialah Lot 6511, Mukim Tanjung Semberong, Daerah Batu Pahat kira-kira 3/4 km dari Yong Peng. Luasnya ialah 9.6 hektar. Oleh kerana kawasannya yang agak kecil, pihak sekolah telah memohon sebidang tanah seluas 4 ekar yang terletak di Lot 712 di bahagian belakang bangunan sekolah. Permohonan tersebut diluluskan pada 27 Ogos 1981. Jumlah kawasan sekolah ialah 13.6 ekar. Bangunan sekolah ini telah siap pembinaanya pada akhir tahun 1975.